Ramadhan & Ira sekarang seorang nurse!

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Ramadhan semua! Walaupun hari ni dah hari ke 9, macammana checklist ibadah? Kita buat banyak-banyak selagi mampu, masa ni lah nak gandakan amalan. Alhamdulillah tahun ni dapat berpuasa lama sedikit di Malaysia berbanding tahun-tahun lepas, tapi raya tetap di Newcastle kerana kelas bermula seminggu sebelum raya. Tiada resepi baru dicuba masa di rumah ni. Baru-baru ni saya buat oreo cheesecake, seperti yang dijangka, tiada siapa dalam rumah ni kecuali suka cheesecake. Keluarga saya ni memamg minat kuih tradisional Melayu sahaja.

Selain itu, alhamdulillah, adik saya Ira, telah lulus peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) pada bulan Jun lepas dan ialah seorang Jururawat Terlatih sekarang. Surat posting sampai agak cepat, mungkin kerana Ira adalah pelajar tajaan KKM. Dia ditugaskan di Kedah. Setelah dirancang dan difikirkan masak-masak, mak ayah berbesar hati untuk meminjam kereta kepada Ira untuk dibawa ke Kedah, jadi pada hujung minggu 7/8, kami pun berkonvoilah dua buah kereta ke Alor Setar untuk lapor diri di Jabatan Kesihatan. Agak ‘kelakar’ kerana jururawat-jururawat baru ini tidak tahu hospital di daerah mana mereka akan ditugaskan sehinggalah hari lapor diri itu. Ira agak bernasib baik kerana ada kenalan yang membantu dia mendapatkan maklumat tu.

Agak ‘kelakar’ juga kerana, dalam surat pelantikan, surat posting yang diterima sebelum lapor diri, maklumat sangatlah tidak lengkap. Tiada maklumat tentang apa yang perlu dibawa atau perlu dibuat, gambar, adakah perlu memakai uniform pada hari lapor diri, apa dokumen yang diperlukan (KWSP, sijil etc), tiada maklumat tempat tinggal, adakah disediakan asrama atau rumah sewa, adakah perlu mencari rumah sewa dan sebagainya. Nasib baiklah Ira cukup proaktif, semua kawan dan seniornya dihubungi, jadi alhamdulillah tiada masalah yang timbul. Memang macam ni ke? Banyak ruang yang boleh dibaiki supaya lebih mudah bagi ibu bapa yang datang jauh-jauh menghantar, seperti kami, yang mana jumlah masa perjalanan mengambil masa hampir 10 jam.

Anyway, tak mahu tulis panjang, semoga Ira akan cepat menyesuaikan diri. InsyaAllah.

No new recipes for now

Because I am at home sweet home. And I am occupied with other things apart from baking. So far I had only baked pandan chiffon cake for mak, because that’s her favourite and she only waited for me to come back to bake that. At this home, we don’t have a stand mixer, only a handheld one. So, to whip the egg whites using a hand mixer in this hot weather takes a very loooooong time.

I also need to go to hospitals for elective. My first elective is in Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. I am going back to Semenanjung at 5.30pm tomorrow. My next elective is in HTAA, Kuantan which will start on Monday. I wish i can just commute from home which means about  1 hour drive each way. Will see about that.

Stop wallowing in self pity and take some actions.

If I want to complain about things, the list can be never-ending. I can complain about everything, the weather, the people that I am with, how things did not go according to plan. But I try to avoid complaining, negative statements. People talk about the weather all the time, but you cannot change the weather, live with it.

This placement in palliative care, made my worries and concerns about life seem small. I do not have cancer. I do not have to battle with pain, nausea & vomiting, no financial difficulties, not left by the partner after knowing the diagnosis. I don’t have young children who is angry with and could not accept the fact that I’m dying. These are the people whom I think I cannot say to them ‘things will get better’ because they will not. Most cancer patients I see in this placement, are deteriorating, some quite quickly. Everyday when I go to he hospice, I will want to know, ‘oh who died last night?’. Or when I see a patient starts to be bed bound, the staff and I all know, it is near the end. It is the time to get the family in if they are not there. At the same time, silly me to think that some of this patients will die before me. My life can be taken away too, instantly.

It is not the death that my tears welled. It is the loss of a dearly loved father, mother, sister, partner that kills me. End.

Chocolate Banana Bread

Bukan banana chocolate cake Secret Recipe. Tak sama langsung, dan bukan roti jugak sebab tak guna yis pun. Sekarang ni saya asyik cuba resepi-resepi Quick Bread, sebab sangat mudah sebab saya hanya perlu mencampurkan bahan-bahan kering dan bahan-bahan basah, macam buat muffin, tak perlu guna mixer pun. Setakat ni, quick bread yang saya dah try hanyalah yang menggunakan pisang, sebab? Sebab sedap (suka hati la). Ok, ini satu resepi yang cukup senang, jangan guna alasan tak ada mixer jadi tak nak bake, resepi asal di sini, tapi saya dah ubah sikit sebab tiada beberapa bahan.

Bahan-bahan

100 gm kacang pecan, di hancurkan kasar (apa-apa kacang pun boleh ikut kegemaran)
1 3/4 cwn (230gm) tepung
1/4 cawan (30gm) serbuk koko (pure serbuk cocoa, bukan hot chocolate please)
1 cwn (100gm) gula
1 sk serbuk penaik
1/4 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
2 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cwn (113gm) mentega, dicairkan dan dibiarkan sejuk
2 biji pisang dihancurkan (resepi asal guna 3, tp saya tak mahu rasa pisang kuat sangat jadi saya guna 2 je.)
1 sk vanilla

Cara-cara

Panaskan oven ke 180 celcius (gas mark 4)

1. Dalam mangkuk besar yang boleh dimicrowave, masukkan mentega dan cairkan dalam microwave. Sementara tu boleh la hancurkan kacang ke, hancurkan pisang ke.
2. Dalam mangkuk besar yang lain, campurkan tepung, serbuk koko, gula, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Gaulkan hingga sebati.
3. Kemudian dalam mangkuk pertama tadi, masukkan pisang, telur dan vanilla. Pukul hingga sebati menggunakan spatula/ senduk.
4. Campurkan bahan basah dan kering tadi sehingga hampir sebati, kemudian masukkan kacang hingga sebati. Tak perlu kacau over-over, nanti jadi keras. Kalau ada tepung sikit-sikit masih tak bercampur, jangan bimbang, ok je.
5. Masukkan dalam baking tin (saya guna loaf tin), dan bakar selama 55-60 minit, atau hingga apabila dicucuk dengan lidi, keluar bersih.

Gambar tiada, tapi rasa memang sedap! Kalau nak rasa pisang lebih, boleh tambah lagi pisang.

Kek Keju Chiffon Pandan; Satu Cubaan

Blog ini setakat ni, memang banyak resepi je. Saya kurang sihat beberapa hari ni, sejak Rabu, tapi saya sudah bosan berehat berbaring-baring di atas katil di dalam duvet dan tidak berjoging, berlari, berjalan-jalan seperti selalu. Akhirnya, saya pergi sahaja menyertai program sekolah balai bermain paintball dan hiking di Kielder Forest. Akibatnya, suara saya semakin sengau, selsema semakin teruk, dan saya buat keputusan untuk berkelakuan seperti orang sihat, hehe.

Hari ini saya ubah Cotton Soft Japanese Cheesecake, dengan menggantikan perisa lemon dengan perisa pandan, kononnya nak buat Kek Keju Chiffon Pandan la. Rasanya boleh tahan. Cuma rasanya lebih baik kalau ditambah sedikit gula daripada resepi asalnya.

Ok jadi cuma ikut resepi seperti dalam link tadi, tapi gantikan jus lemon dengan 1 1/2 sk esen pandan dan 1/2 sk pewarna hijau. Dan tambah lagi gula supaya jadi 160gm (it would’ve been perfect if it’s a little sweeter). Kalau nak kerja lebih sedikit, beserta rasa dan bau pandan yang lebih kuat, semestinya boleh guna daun pandan yang dihancurkan. Gunakan blender, hancurkan 2-3 helai daun pandan dengan susu, jadi jumlah asal cecair dalam resepi tak berubah. Ini hasilnya, bolehlah cuba!

Rasanya? Macam kek chiffon pandan yang sangat lembap dan sedikit rasa cheese.